diari anakrantau98
Monday, March 29, 2004
isnin - 29/03/2004
* aku tak tau apa tajuk drama yang ntv7 sediakan malam tadi. pada aku, drama tadi merupakan satu drama yang menarik. mengisahkan bagaimana seorang ketua jabatan polis yang baru dilantik berusaha keras mahu mengubah keadaan jabatan di bawah pentadbirannya daripada sebuah jabatan yang teruk kearah yang lebih baik. bercita - cita mahu mengubah kadar jenayah di sekitar bandar tersebut ke arah kadar jenayah sifar.
seronok melihat bagaimana cara dia mengambil hati sebahagian daripada staff barunya. a lot of sense of humor and motivation. bagaimana dia menyuntikkan semangat kepada staff - staff yang masih komited terhadap jabatan tersebut terutama pada bahagian statistik jenayah. daripada sebuah bahagian yang dipinggirkan menjadi sebuah bahagian yang kritikal.
teringat kepada btmk. dulu orang kata btmk hampeh. sekarang orang lain sudah buka mata. sekarang sudah ramai saff pandai membangunkan aplikasi atas talian. tahniah.
mungkin drama ini akan memberikan aku sedikit inpirasi, atau mungkin memberikan sedikit motivasi. mungkin dapat menyuntik semangat aku yang sudah semakin menurun. :)
setelah berfikir sepanjang hari ini, aku rasa, catatan ini adalah catatan yang terakhir dalam diari ini. dia akan berpindah ke alamat yang baru (mungkin kali ini, aku takkan maklumkan lagi alamat yang baru kepada sesiapa pun). setelah membuat kesimpulan daripada mesej yang aku terima dan beberapa andaian yang dibuat, aku mengambil keputusan untuk memindahkannya walaupun ada beberapa proses yang terpaksa dilakukan.
diharap dengan tindakan ini, kau dapat membuat keputusan yang tepat tanpa rasa ragu - ragu. tanpa ada rasa bias terhadap tulisan aku.
aku minta maaf (minta maaf banyak - banyak) jika tulisan aku ini mempengaruhi keputusan yang akan kau ambil. dengan berpindahnya diari ini, aku harap keputusannya adalah seperti status yang selalu dinyatakan pada yahoo messenger kau - 'simplify life and don't complicate it'. :)
++ melihat video klip yang ditayangkan di 8 tv (channel 8) sambil menaip catatan terakhir ini.
nota : catatan terakhir daripada diari anakrantau98 yang telah berpindah ke alamat baru.
